Saturday, April 20, 2013

★ Kebebasan Remaja . Freedom ★



Inikah yang dinamakan  BEBAS ??


KEBEBASAN, Semua orang inginkan kebebasan. Namun begitu, anda inginkan kebebasan bagaimana? Adakah kebebasan  berfikir, kebebasan bersuara, atau kebebasan bertingkah laku ? Kebebasan harus difahami dengan betul dan digunakan dengan bijaksana. Jika tidak, kebebasan akan memakan diri sendiri. Perkara yang sangat ditakuti adalah kebebasan yang membuatkan manusia terbabas atau tersasar. Setiap kebebasan  ada hadnya.

Sumber : Google
KEBEBASAN dalam pergaulan sangat membimbangkan. Lelaki dan perempuan, sekiranya sudah tiada batasan dalam pergaulan amat ditakuti terjerumus dalam kancah maksiat. Perkara yang melampaui batas akan membawa kepada negatif. Kini, banyak kes yang melibatkan remaja yang terlalu OBSES mencari KEBEBASAN. Mereka cuba menjadi burung yang bebas terbang tanpa dikawal. Remaja mudah terjebak dengan :
i) Perlakuan zina,
ii) Melepak, Merempit,
iii) Menyalahgunakan dadah dan
iv) Hidup berfoya-foya.


Pergaulan sesama remaja mestilah ada batasnya. Jika tiada batas, gejala sosial makin meningkat dan bertambahnya kes rogol, hamil luar nikah, jenayah dan pembunuhan. Cinta remaja terlalu melampaui batas sehinggakan memakan diri sendiri. Selain itu, penyalahgunaan dadah bukanlah untuk mengawal emosi yang tertekan. Ia bukan jalan mudah untuk lari daripada masalah. 

Terdapat banyak sumber lain yang boleh remaja rujuk sekiranya mempunyai masalah dengan cara seperti : 
i) Dapatkan khidmat nasihat/kaunseling daripada guru, 
ii) Berkongsi masalah dan berbincang secara baik bersama keluarga, 
iii) Sekiranya tidak selesa berkongsi dengan keluarga, cuba dapatkan pertolongan daripada rakan yang boleh dipercayai. 


Semua mesti terlibat dalam membantu remaja. Terutamanya ibu bapa , pihak guru dan kerajaan. Masyarakat sekeliling juga sangat penting dalam memimpin remaja ke jalan yang lurus. Sama-sama kita berusaha untuk melahirkan remaja yang memiliki pemikiran yang stabil supaya mereka memiliki kekuatan untuk mengharungi hidup.


* Elakkan budaya Hedonisme : Keseronokan semata-mata dari pagi hingga ke malam.
* Pilih kebebasan yang mendatangkan faedah bukan menjahanamkan diri.
* Kawal diri kita :)
* Jangan berasakan kita betul, setuju atau tidak setuju kita perlu ikut peraturan, salah tetap salah, dan yang betul tetap betul.
*Anda berhak hebat, kerana kejayaan hak setiap insan :)

INGAT !!
* Sebebas mana pun kita, Kita tetap milik mak dan ayah :)


1 comment:

  1. freedom is slavery

    Parody Trailer Iron Man 3

    http://iniblogabangkamil.blogspot.com/2013/04/trailer-iron-man-3-tanpa-cgi.html

    ReplyDelete