Saturday, March 30, 2013


Pada zaman ini setiap manusia harus bertanggungjawab terhadap permasalahan yang berlaku disekelilingnya. Sikap tidak mahu ambik tahu dan tidak mahu tahu adalah masalah besar yang dialami masyarakat zaman ini. Mementingkan survival diri sendiri dan tanpa memikirkan masalah yang akan datang adalah satu sikap yang tidap patut ada dalam diri kita. Malulah dengan diri sendiri jika generasi mendatang melihat apa yang ditinggalkan untuk mereka...sekadar pandangan di senja hari...

bersambung...

Thursday, March 28, 2013

★ Mana Tanggungjawab Abang ?


DUA BERADIK DERITA SERING DICABUL ABANG


Gambar hiasan 

KULIM: Dua beradik perempuan termasuk seorang orang kurang upaya (OKU) yang tidak tahan menanggung derita apabila kerap dicabul abangnya bertindak melaporkan kejadian itu kepada polis sebelum suspek ditahan, Jumaat lalu. Sumber berkata, dua gadis berusia 17 dan 20 tahun berkenaan membuat laporan di Balai Polis Kulim selepas tidak tahan dengan perbuatan terkutuk abang mereka yang berusia 21 tahun yang didakwa sering mencabul mereka ketika berada di rumah. 
Menurutnya, abang mangsa didakwa sering mengambil kesempatan terhadap adik-adiknya itu, tetapi perkara berkenaan hanya didiamkan sahaja kerana mereka bergantung harapan kepada lelaki terbabit termasuk menanggung keperluan hidup seperti makan dan tempat tinggal. “Bagaimanapun, akibat sudah tidak tertahan dengan kekerapan perbuatan sumbang abang mereka, kedua-dua mangsa nekad membuat laporan polis kejadian itu sebelum suspek berjaya ditahan bagi membantu siasatan selanjutnya. “Kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kulim untuk pemeriksaan,” katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh ketika dihubungi mengesahkan kejadian namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.


* Seorang abang sepatutnya melindungi adiknya, bukan mencabul. 
OKU memerlukan perlindungan dan penjagaan yang baik. 
Kasihanilah mereka, jangan sia-siakan hidup mereka.


★ Where is your moral values?

Assalamualaikum...


Gambar atas ni khas untuk remaja ke dewasa? Okehh , hari ni kami mahu berkongsi sesuatu yang berkait dengan 'Komuniti Remaja'. Seperti yang kita tahu remaja memang sangat sukar dikawal. Jadi, ni cerita yang realiti dan bukan rekaan. Okehh , tak mau la nak bermadah helah lagi. Citernya bermula apabila, kami bertiga pulang dari membeli makanan. Abis membeli tu, kami pun nak balik bilik. Mula-mula, kami terserempak dengan 2 ekor anak kucing dan ibunya yang sedang bermain-main di hadapan blok kami. Kebetulan, kami beli keropok dan tak salahkan kalo kami sedekahkan sebatang keropok yang dipotong kecil.  Masa tengah tengok kerenah kucing tu, dah perasan ada seorang perempuan. Dia mungkin penghuni dari blok hadapan kami. Aras 1 ni memang takde orang duduk. Perempuan tu berpakaian tidur tanpa lengan menuju ke arah laluan ke tandas. TETAPI, yang agak memusykilkan dan kepelikan kenapa agak-agaknya dia berjalan kat aras 1 yang takda orang duduk tu ? 

Okehh , dah siap bagi makan kat kucing 3 beranak tu, kami pon naik ke bilik aras 5. Tiba-tiba, salah seorang daripada kami cakap 'Ehhhh, ade lelaki laaa masuk kat blok  tu... Cer tengokkk! Pastu, kami sama-sama tengok dan memang betul lelaki tu masuk ke aras 1 blok berhadapan dengan kami. Mungkin, perempuan tu dah berpakat dengan lelaki tu nak jumpa kat aras 1. Dia berbaju merah, berseluar tiga suku tapi berhelmet. Tak tanggal helmet dari kepala. Nak kata penghantar pizza, bukan . Kalo, pekerja pizza mesti pakai baju khas die. Pekerja pizza pun tak berani nak masuk blok orang suka hati. Paling koman, parking motor tunggu depan blok. 

Abis tu! Siapakah gerangan si lelaki itu? Buat ape dia kat situ? Kenapa masuk blok perempuan suka-suka hati je? Kenapa dia tak tanggalkan helmet? Dia jumpa ngan  perempuan tu sebab ape? Banyak persoalan yang bermain di benak kami. Dari aras 5, kami mengintai dan terus mengintai, hampir 15 minit kami begitu. Tapi, hampa.. Suspek tak keluar pun. Buat apa dia lama-lama kat dalam tu? Memang nak tau jawapan dia. Tapi, tunggu, tunggu, dan terus menunggu . Masih belum keluar. Ada juga cadangan dari salah seorang daripada kami nak pergi kat blok tu, nak serbu.. Tapi, ntah la hati ni macam kata 'Jangan Pegi'. Nak call felo, takda la pulak no fon felo blok tu. Dengan tawar hati, kami pun duduk bersila dan sambung makan nasi kukus. Tiba-tiba, dengar bunyi deruan enjin motor. Breemmm , breeemmmm.. 'Ehhh.. Ehhh.. bunyi motorrrrr laaa'. Pastu, cuba la nak tengok sama ada lelaki tu atau orang lain. Rupa-rupanya, memang lelaki tu . Dia dengan motor EX5. Tapi, sayang seribu kali sayang sebab tak sempat nak tengok muka dia dengan jelas. So, tak dapat la tau sape lelaki tu. 

Kami cuba jadi neutral.
Kami tak pasti apa yang berlaku antara mereka berdua. 
Adakah sebab cinta, mereka sanggup berjumpa di dalam kawasan larangan ? Di malam hari? Tak rasa bersalah ke? Adakah sebab nak pulangkan buku? Atau adakah untuk meraikan cinta? Inilah, masalah remaja sekarang. Di manakah nilai moral mereka? Sama-sama kita fikirkan.

*Moral of story : 
Berhati-hati dengan orang sekeliling.
Siasat sampai habis! Jalan sekerat jalan.
Hidup ni mesti kena jaga tepi kain orang.
Hindarkan Negatif. Tingkatkan Positif!

~ Adioss!!


...

Tuesday, March 26, 2013

★ KERJA KOMUNITI


Assalamualaikum ...


DEFINISI KOMUNITI : Bradford W.Sheafor & Charles R.Horejsi (2003) mendefinisikan sebuah komuniti mengandungi sekumpulan orang yang ada perasaan ikatan atau pertalian antara mereka disebabkan mereka berkongsi identiti, kepentingan yang sama, rasa yang dipunyai (a sense of belonging), dan biasanya di kawasan yang sama. Contoh : Jiran tetangga, pekan atau bandar dan kampung.

KERJA KOMUNITI : Penglibatan pekerja sosial dalam aktiviti-aktiviti yang dilakukan di peringkat organisasi dan komuniti bagi pihak klien adalah untuk jaminan bahawa perubahan yang berlaku akan memberi faedah kepada klien-klien yang memerlukan perkhidmatan dan sumber-sumber.

TANGGUNGJAWAB PEKERJA KOMUNITI :
1. Memastikan perubahan yang berlaku akan memberi faedah kepada klien yang memerlukan perkhidmatan dan sumber.

2. Membawa perubahan sosial melalui dua proses : 
    * Menganalisa situasi sosial - Kenalpasti keadaan atau isu utama, Analisis keperluan.
    * Membentuk hubungan dengan kumpulan berlainan untuk membawa perubahan yang diingini.

3. Membawa perubahan, fokus kerja melibatkan :
     * Pembangunan komuniti
     * Perhubungan antara organsasi
     * Penyelidikan dan pembangunan semua bidang kebajikan sosial.

PERANAN PEKERJA SOSIAL DALAM KERJA KOMUNITI.

1. Outreach (Pekerja) - Mengenalpasti keperluan dengan pergi berjumpa klien-klien dalam komuniti yang berkaitan dengan rujukan untuk mendapat perkhidmatan. Kebiasaanya, klien daripada kawasan pedalaman

2. Broker (Orang Tengah) - Membantu individu mendapatkan perkhidmatan yang sesuai dengan memberi maklumat selepas membuat taksiran keperluan kepada sumber-sumber. Termasuklah aspek konteks dan pemantauan dengan menghubungkan klien dengan sumber yang ada.

3. Advocate (Pembela) - Membantu klien mendapatkan perkhidmatan dalam situasi di mana mereka telah tidak dilayan atau ditolak. Selain itu, membantu mendapatkan lebih perkhidmatan kepada mereka yang memerlukan keperluan khas.

4. Evaluation (Pekerja Penilaian) - Mengumpul maklumat dan taksiran klien atu keperluan komuniti. Pertimbangkan alternatif fan rancangan tindakan.

5. Teacher (Guru) - Mengajar faktor-faktor dan kemahiran. Bertindak sebagai pendidik kepada klien atau komuniti.

6. Behavior Changer (Pengubah Tingkahlaku) - Mengadakan aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk perubahan tingkahlaku yang spesifik khususnya kepada kumpulan juvana supaya mereka menjadi remaja yang berkualiti.

7. Mobilizer (Penggerak) - Membantu menggerakkan sumber-sumber dalam sistem untuk mengadakan perkhidmtan atau program yang baru.

8. Consultant (Pakar) - Bekerja dengan golongan profesional yang lain bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahaman.

9. Caregiver (Pemberi Sokongan) - Memberi sokongan dan prihatin kepada individu yang menghadapi masalah yang tidak dapat diselasaikan.


♥ ♥ Always Love Our Community ♥ ♥ 

Saturday, March 23, 2013

★ MASALAH YANG SERING DIHADAPI OLEH IBU TUNGGAL



MASALAH EKONOMI
Masalah ekonomi merupakan cabaran utama golongan ibu tunggal.Bagi isteri yang selama ini merupakan suri rumahtangga, bukanlah sesuatu yang mudah untuk mereka mencari peluang pekerjaan diluar.Keadaan menjadi teruk bagi mereka yang tidak berpendidikan.Sekiranya mereka mendapat kerja,masalah penjagaan anak perlu diselesaikan jua.
Makanya, untuk menyelesaikan masalah ini ramai ibu tunggal yang memilih untuk bekerja atau berniaga sendiri.Namun,ini hanya mendatangkan pendapatan yang kecil.Sumber kewangan yang terhad menghadkan pilihan mereka dan menyebabkan golongan ini hanya mampu menikmati kualiti hidup yang rendah.


MASALAH SOSIAL
Masalah sosial juga wujud sekiranya ibu tunggal yang mengatakan dirinya terpaksa melibatkan diri dengan jenayah sosial seperti pelacuran, penagihan dadah dan jenayah kecurian demi menyara anak-anaknya.Taraf hidup yang tinggi di kawasan bandar memaksa golongan ini tinggal di tempat tinggal yangkurang memuaskan. Ini memdedahkan mereka kepada ancaman sosial seperti rogol, peras ugut dansindiran orang lain.Ibu tunggal harus diberi pendedahan tentang prosedur permohonan skim perumahan kos rendah yangdisediakan oleh kerajaan dan pelbagai bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan ataupun swasta. Bantuan sosial juga berlaku dalam pelbagai bentuk.Satu daripadanya ialah pemberian pengetahuan, latihan dan kemahiran bagi membolehkan ibu tunggal memulakan perniagaan mereka dan berdikari.Pengetahuan tentang selok-belok perniagaan, misalnya, boleh dimanfaatkan oleh mereka.Kemahiran kerja tangan,memasak, menggubah dan mengandam pula boleh dijadikan aset untuk mereka memulakan perniagaan.


MASALAH PSIKOLOGI
Masalah psikologi juga dihadapi oleh golongan ibu tunggal.Hal ini disebabkan tanggapan negatif masyarakat terhadap mereka. Golongan ini sering kali tidak menjadi pilihan majikan memandangkan tanggungjawab mereka yang mungkin akan mengganggu kerja mereka. Ibu tunggal yang tiba-tibanya kehilangan suami dan tempat bergantung menyebabkan kehancuran perangkatan jiwanya.Dalam keadaan ketiadaan suami sebagai pencari rezeki mereka terpaksa bergantung kepada diri sendiri.Stigma yang dikenakan terhadap mereka oleh masyarakat telah memburukkan keadaan.Disebabkan kegagalan memberikan sebuah keluarga yang bahagia kepada anak-anak mereka, kebanyakan ibu tunggal berasa bersalah.Tekanan hidup atas sebab kesempitan wang juga membawakan pelbagai kesan negatif.


MASALAH DALAM BERURUSAN DENGAN MAHKAMAH 
Bagi ibu tunggal akibat perceraian, tidak kurang yang menghadapi masalah dalam berurusan dengan Mahkamah. Mereka mengakui sering dipersendakan, tidak dilayan dengan adil, terpaksa berulang-alik ke Mahkamah untuk menyelesaikan kes dan seumpamanya.Pihak Mahkamah pula mengatakan wanita-wanita ini tidak tahu undang-undang serta prosedur mahkamah dan tidak tahu hak mereka. Majoriti dari mereka ini juga menghadapi masalah dengan bekas suami yang enggan bekerjasama terutamanya dalamhal memberi nafkah untuk anak-anak yang sebenarnya merupakan tanggungjawab mereka.




★ Kanak-kanak Harapan Masa Depan

Assalamualaikum...


Kanak-kanak merupakan permata negara iaitu harapan keluarga kelak. Namun, masih terdapat pihak-pihak tertentu yang sanggup mempergunakan golongan kanak-kanak demi kepentingan diri sendiri tanpa bersikap perikemanusiaan. Kini, banyak kes yang melibatkan kanak-kanak seperti  Penderaan Fizikal, Emosi, Seksual, dan Eksploitasi. 

Namun begitu, adakah anda tahu siapa itu kanak-kanak? Mengikut Akta Kanak-kanak 2001, Kanak-kanak didefinisikan sebagai seorang yang berumur di bawah 18 tahun. Manakala, mengikut tafsiran prosiding jenayah, merujuk kepada seksyen 82 Kanun Keseksaan,  kanak-kanak didefinisikan sebagai  seseorang yang berumur antara 10 hingga 18 tahun. 



Sebab-sebab Kanak-kanak memerlukan perlindungan dan pemeliharaan : 
1) Kanak-kanak berkemungkinan besar akan dianiayai dan dicederakan.
2) Ibu bapa/penjaga tahu tentang kecederaan/penganoayaan atau kemungkinan, tidak melindungi/tidak mungkin melindungi kanak-kanak.
3) Ibu bapa/penjaga keberatan menyediakan penjagaan, makanan, pakaian, dan tempat berteduh yang cukup.
4) Ibu bapa/penjaga tidak layak/telah mengabaikan/tidak berupaya mengakibatkan kanak-kanak terlibat dalam pergaulan tidak sihat.
5) Kanak-kanak tiada ibu bapa/penjaga/ dibuang dari keluarga.
6) Kanak-kanak perlu diperiksa, disiasat atau dirawat tetapi ibu bapa/penjaga mengabaikan atau enggan mendapatkan pemeriksaan rawatan.
7) Kanak-kanak berkelakuan memudaratkan diri. Oleh itu, ibu bapa/penjaga tidak berupaya/keberatan untuk memperbaiki keadaan dan gagal untuk mengambil tindakan yang baik. 
8) Kanak-kanak berada di jalanan atau premis untuk mengemis, dan menyebabkan berlakunya pengeksploitasian kanak-kanak yang menyalahi undang-undang.

Hakikatnya, kanak-kanak sangat memerlukan perhatian dan kasih sayang yang mencukupi . Hal ini adalah untuk membantu perkembangan minda mereka. Ketidakstabilan dalam institusi kekeluargaan menyebabkan kanak-kanak mengalami tekanan dari aspek emosi. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama dan menanam sikap saling sayang-menyayangi agar kanak-kanak ini dapat membesar dengan baik dan berkualiti. 

* Telemovie Ku petik Dosa lakonan Fasha Sandha memberikan banyak pengajaran dan peringatan penting untuk dijadikan sebagai tauladan kepada semua masyarakat. Telemovie ini mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang meminta jirannya iaitu Kak Sal untuk menjaga anak perempuan mereka si Nia. Pada mulanya, Kak Sal dan suami melayani Nia dengan penuh kasih-sayang dan mesra. Namun, disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari, malangnya Nia dianiyai oleh jirannya tanpa disedari oleh ibu bapanya. Telemovie yang berakhir dengan sad ending :'(  Banyak iktibar yang boleh diambil daripada telemovie ini. Oleh itu, sebagai ibu bapa, luangkan masa yang secukupnya untuk anak-anak agar mereka gembira dan mendapat perhatian. KU PETIK DOSA - http://www.perekacerita.com/2012/09/ku-petik-dosa-tv3.html



★ HIV / AIDS Kanak-kanak



Apa itu HIV?

HIV (Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit) merupakan virus yang memusnahkan system imunisasi badan, menyebabkan pesakit terdedah kepada pelbagai jenis penyakit dan kanser. AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit Akut Yang Teruk) merupakan peringkat yang mana pesakit yang dijangkiti HIV mula menunjukkan jangkitan yang khusus atau sel-sel pertahanan badan turun sehingga 200/µl. Virus terdapat dalam darah, semen, cecair badan,lelehan vagina dan susu ibu individu yang terkena jangkitan. Individu yang terkena jangkitan akan membawa virus(dan dapat memindahkan virus) tersebut sepanjang hayat mereka. Pada mulanya bayi dan kanak-kanak yang dijangkiti biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala. 

Apabila kesan jangkitan berterusan dan system imunisasi menjadi lemah, gejala jangkitan akan muncul seperti :
  • Pembengkakan pada nodus limfa, hati atau limpa
  • Ruam pada kulit
  • Serawan Mulut(tompok-tompok putih dalam mulut)
  • Jangkitan yang berulang-ulang dan berpanjangan
  • Demam yang berpanjangan atau cirit-birit
  • Pertumbuhan terbantut
HIV adalah jangkitan berterusan yang serius. Komplikasi berlaku dengan melemahkan system imunisasi badan secara berterusan, hingga menyebabkan pendedahan jangkitan dan kanser .
Setakat ini masih belum terdapat rawatan bagi jangkitan HIV. Walaubagaimanapun, terdapat ubat yang boleh melemahkan virus HIV. Kombinasi ubat ini dapat membantu pesakit mengawal pertumbuhan virus dan ia juga dapat memperlahankan kemusnahan system imunisasi. Ia juga efektif bagi memanjangkan umur serta meningkatkan kualiti hidup pesakit.





Jangkitan HIV dapat dicegah dengan :

  • Elakkan berkogsi jarum suntikan
  • Elakkan daripada melakukan hubungan seks yang tidak selamat ataupun seks secara rambang
  • Elakkan berbilang pasangan
  • Gunakan Kondom

Kanak-kanak yang dijangkiti HIV boleh mendapatkan bantuan daripada Malaysian AIDS Foundation Paediatric AIDS Scheme (untuk maklumat lanjut sila dapatkan maklumat doktor) Maklumat lanjut ataupun kaunseling boleh diperolehi daripada Malaysian AIDS Council.
Maklumat lanjut ataupun kaunseling boleh diperolehi daripada :
Malaysian AIDS Council Community Care & Support Programme
Tel: 03-40451033
Maklumat lanjut ataupun kaunseling boleh diperolehi daripada
Malaysian AIDS Council Community Care & Support Programme
Tel: 03-40451033



HIV boleh merebak melalui darah yang telah dijangkiti HIV dan cecair badan seperti ketika melakukan hubungan seks,berkongsi jarum suntikan sesama penagih dadah, dari ibu yang mengandung kepada anak yang dikandung(sebelum atau ketika kelahiran atau melalui susu ibu). Virus tidak boleh merebak melalui sentuhan biasa seperti tinggal serumah, ataupun bekerja bersama pembawa HIV. Sejak AIDS dilaporkan pertama kalinya pada tahun 1986 hinggalah tahun 2004,sejumlah 60,621 kes jangkitan berlaku dan 8294 AIDS kes berlaku di Malaysia.

Apakah gejala dan tanda-tanda ?
Gejala-gejala ini biasanya berlaku dalam tempoh dua tahun kelahiran bayi yang dijangkiti HIV. Pada peringkat akhir, pesakit akan mati akibat pelbagai jangkitan dan kanser
Apakah komplikasinya?
Adakah terdapat rawatan bagi jangkitan HIV?
Adakah ia dapat dicegah?
Akhir-akhir ini rawatan antiviral ke atas ibu yang dijangkiti HIV dapat mengurangkan peluang jangkitan ke atas bayi. Wanita mengandung digalakkan membuat ujian HIV seawal yang mungkin dan mengambil langkah-langkah pencegahan.
Adakah terdapat kumpulan sokongan ?
Anda juga boleh berhubung dengan kumpulan sokongan HIV/AIDS tempatan di kawasan anda (untuk maklumat lanjut hubungi doktor anda) untuk bantuan dan kaunseling.

Sumber artikel: laman web Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM.

Wednesday, March 20, 2013

• GEJALA SOSIAL DALAM KOMUNITI •


Gejala sosial merupakan masalah yang sering diperkatakan dalam komuniti hari ini. Ia tidak lagi melanda masyarakat membangun tetapi telah turut melanda masyarakat sedang membangun seperti Malaysia. Walaupun, pada setiap masa para pemimpin negara mendakwa masalah sosial berada pada tahap yang terkawal, tetapi untuk melalui masa depan yang masih panjang sudah tentu merupakan suatu perkara yang membimbangkan. Ia menjadi suatu tragedi yang menakutkan apabila para belia telah mula terperangkap dengan gejala ini. Masalah ini timbul, mungkin berpunca daripada sikap golongan dewasa yang membina institusi keluarga atas nilai yang rapuh, kemudian melahirkan anak-anak dalam bahang kepanasan dalaman dan luaran rumahtangga. Kini, masalah ini tanpa mengenal simpati telah melanda kawasan bandar, demikian juga kawasan setinggan. Banyak pihak pening kepala dengan berfikir mencari jalan keluar terhadap permasalahan ini. Masalah ini haruslah di atasi. Jika masalah ini tidak dapat diatasi, besar kemungkinan generasi akan datang tidak berkualiti.

Antara bentuk gejala sosial yang sering melanda masyarakat adalah seperti berikut:

1. Penyalahgunaan dadah 
Penyalahgunaan dadah bermaksud pengambilan dadah yang berleluasa di luar batasan manusia, mengambil dadah bukan untuk tujuan rawatan perubatana, dan mengambil dadah lebih daripada tempoh masa preskripsi. Penggunaan dadah dengan tujuan yang salah akan menjejaskan sistem urat saraf. 

2. Gangsterism

Isu gangsterisme ini bukan saja berlaku dalam kalangan dewasa, ia juga melibatkan pelajar sekolah yang berumur antara 13 hingga 19 tahun. Peratus tertinggi menunjukkan bahawa kes gangsterisme yang melibatkan golongan remaja. Antara ciri gangsterisme yang ada pada pelajar sekolah ialah suka pulang lewat dari sekolah dan mempunyai rekod kehadiran yang teruk. Pelajar ini suka melepak dengan ahli kumpulan lain selepas pulang sekolah. Mereka akan memenuhi pusat-pusat membeli belah dan cyber cafe. Mereka suka menghabiskan masa dengan kawan-kawan berbanding dengan keluarga. Mereka lebih suka mendapatkan kebebasan dan keseronokan. Mereka juga sering ponteng sekolah sambil melepak serta memeras ugut pelajar lain. Kes gangsterisme melibatkan kecederaan yang serius dan boleh mengakibatkan kematian, kerosakan harta benda awam dan sebagainya.


♥ KAUM DI MALAYSIA


Terdapat pelbagai kaum di malaysia, antara kaum di malaysia adalah :

ORANG MELAYU
Pakaian : baju melayu, kebaya, kurung songkok, kain pelikat..
Makanan : laksa, kuih koci, buah melaka, kuih lapis, nasi lemak..
Permainan : congkak, gasing, wau..
Alat muzik : kompanggongrebanagambus..
Tarian : tarian keris, tarian inai, tarian Piring, tarian lilin..
Kepercayaan : Agama Islam
Bahasa : Bahasa Melayu



ORANG CINA
Pakaian : Cheongsam, Sam Fu..
Suku kaum : Teochew, Hakka, Hokkien..
Makanan : Kuih bakul, kuih bulan, pulut nasi, dimsum.
Permainan : catur cina
Alat muzik : gitar bulan, dram,
Perayaan : Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Pesta Kuih Bulan
Tarian : Tarian kipas, tarian singa, tarian payung..
Kepercayaan : Agama Buddha, Taoisme, Kristian
Bahasa : Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew..



ORANG INDIA
Pakaian : Sari, serban, kurta, dhoti, sarung..
Makanan : tosai, idli, muruku, apam, kesari, ladu,
Permainan  : kaudi Alat muzik : veena, sitar, ukulele, sapei..
Perayaan : Hari Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaigunda Ekadashi, Christmas, Onam, Hari Raya
Tarian : tarian serimpi, Shobana Chanarakumar, Bharata Natyam
Kepercayaan : Agama Hindu, Kristian, Islam
Bahasa : Bahasa Telugu, Tamil, Hindi, dan Malayalam

Monday, March 18, 2013

♥ Apa Itu Kerja Sosial ??

Kerja sosial adalah satu profesion meliputi perkhidmatan memberi tumpuan kepada menanggani masalah, meningkatkan kefungsian sosial, meningkatkan kapasiti serta menggalakkan pencapaian taraf kehidupan berkualiti untuk individu, keluarga, kumpulan dan komuniti. Kerja sosial menjadi satu profesion yang memberi penekanan terhadap kepentingan individu dan masyarakat dengan membekalkan perkhidmatan profesional berteraskan pengetahuan kerja sosial, nilai dan prinsip kerja sosial, etika profesion dan intervensi.


NASW (National Association of Social Work) – 1973 - Kerja sosial merupakan aktiviti profesional untuk menolong individu, kumpulan atau komuniti untuk meningkatkan atau memulihkan keupayaan mereka bagi mencapai kefungsian sosial dan seterusnya membentuk “societal” yang baik bagi mencapai matlamat masing – masing. Skidmore (1994) - Satu “art”, sains dan profesion yang menolong manusia untuk menyelesaikan masalah individu, kumpulan dan komuniti melalui amalan – amalan kerja sosial. Amalan ini termasuklah kerja kes, kerja kumpulan, organisasi, komuniti, pentadbiran dan juga penyelidikan. Boehm (1959) – Council on Social Work Education - Berbentuk “Functional” Kerja sosial bertujuan meningkatkan kefungsian sosial individu sama ada berseorangan atau berkumpulan melalui aktiviti yang memfokuskan kepada perhubungan sosial mereka (interaksi individu dengan individu lain dan juga persekitaran)


Morales & Sheafor, (1998) – Kerja sosial adalah satu aktiviti profesional yang membantu individu, kelompok atau masyarakat untuk meningkatkan atau membaiki kapasiti mereka bagi memenuhi keperluan sosial dan mewujudkan satu keadaan yang kondusif bagi mencapai tujuan tersebut.Skidmore et. al, (2000) – Kerja sosial adalah satu ‘art’, sains dan profesion yang menolong menyelesaikan masalah individu, kumpulan dan komuniti melalui amalam kerja sosial. Center for Human Rights UN, (1994) – Kerja sosial adalah satu profesion bertujuan menghasilkan perubahan sosial kepada masyarakat secara umumnya dan perkembangan individu secara dasarnya.