Sunday, April 28, 2013

★ Kelahiran ★

Assalamualaikum dan selamat malam utk rakan blogger..
Di sini ada satu perkongsian untuk malam ini berkaitan dengan proses kelahiran.


Kini, wanita lebih memntingkan kerjaya dan tidak memikirkan tentang perkahwinan. Malah, ada juga, wanita yang sudah berkahwin masih belum mempunyai anak. Hal ini kerana, mereka merancang keluarga, dan ada juga dalam kalangan wanita  yang takut untuk menantikan saat-saat kelahiran. Ini kerana saat ini adalah pertarungan seorang ibu antara hidup dan mati untuk melahirkan seorang zuriat. Namun begitu, setiap wanita ingin merasai detik yang sangat bernilai kerana ini ia adalah anugerah ALLAH SWT kepada seseorang yang bergelar WANITA.. :)

Proses kelahiran adalah pengecutan uterus secara beirama yg mengakibatkan kelahiran bayi, plasenta dan membran.
* PROSTAGLANDIS : Membantu untuk merangsang otot uterus seterusnya menyebabkan pengecutan uterus
*OXYTOXIN : Bahan ini dikeluarkan oleh kelenjar pituatari dalam peringkat akhir kehamilan --> Ia menyebabkan pengecutan uterus yang hebat di proses akhir kelahiran yang diperlukan bagi menolak/mengeluarkan fetus.

Kelahiran mempunyai beberapa tahap, antaranya :

TAHAP 1
- Serviks mengembang dan terbuka 
- Selang pengecutan uterus lebih kerap dari 10-20 min kepada 2-4 minit
- Akhir tahap, beg air akan pecah 
- Kelahiran anak yang pertama 12-15 jam, kelahiran anak seterusnya 8 jam


TAHAP 2
- Beg air pecah 
- Mukus yang bercampur darah keluar
- Pengecutan uterus secara berirama ( selang masa lebih kerap 10-15 minit)
-Pengecutan uterus belaku selang 2-3 minit, masa pengecutan 60-70 saat
- Serviks terbuka secara maksimum dan kepala bayi mula bergerak melalui vagina
- Ibu perlu bernafas secara betul bagi menolak bayi keluar
- Episiotomi dilakukan bagi memudahkan bayi keluar
- Setelah bayi keluar -> tali pusat bayi akan dipotong 3cm drp pusat bayi -> tanggal sendiri selepas kelahiran

TAHAP 3
- Kelahiran kedua
- Terdiri daripada uri dan bahan fetus yang terteanggal drp dinding rahim
- Dijahit jika episiotomi dijalankan



Sekian utk perkongsian malam ini.. love u ollss..


Sunday, April 21, 2013

★ Hubungan dengan Komuniti ★



Kita sebagai manusia akan sentiasa berhubung dengan semua lapisan masyarakat tanpa mengira jantina, usia, bangsa, dan agama. Oleh itu, setiap perlakuan kita akan melibatkan masyarakat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Hubungan kominiti mestilah dititikberatkan supaya ianya tidak rapuh. Namun begitu, hubungan antara komuniti pada masa ini semakin kurang diberi perhatian kerana masyarakat lebih suka mengejar kemewahan dan seolah-olah lebih mementingkan gadget-gadget berbanding dengan berhubung secara 'face to face' atau bersemuka. 


Sikap ini sangat tidak memberi kebaikan kepada masyarakat sekeliling. Hal ini kerana mereka yang tidak menjaga hubungan komuniti sesama orang lain akan menjadi seperti 'katak di bawah periuk besi'. Ini kerana mereka akan menjadi manusia yang tidak bijak dalam menjaga kebajikan dan keprihatinan terhadap masyarakat luar. Sebenarnya, mereka ini adalah orang yang hanya mementingkan diri sendiri. Di mana nilai sebagai seorang masyarakat ? Bila ingin membantu orang yang memerlukan ? Soalan sebegini tidak pernah bermain di fikiran mereka. Bagi mereka semua itu adalah menjaga tepi kain orang. Walhal, ia tersangatlah penting .


Kita mestilah peka dalam setiap situasi dan sentiasa terlibat dalam aktiviti yang melibatkan masyarakat. Kita perlu mengaplikasikan fungsi seperti yang ditekankan oleh Bahagian Pembangunan Komuniti (PKdengan memberikan perkhidmatan kepada semua lapisan kumpulan sasar dan komuniti khususnya dalam perkhidmatan kepada pertubuhan sukarela, komuniti, sektor korporat dan sebagainya. 

Selain itu, menumpukan perhatian kepada penglibatan masyarakat dalam : 
i) Pembangunan komuniti melalui penyertaan aktif Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), ii) Komuniti setempat, 
iii) Sektor swasta, 
iv) Para sukarelawan dan,
v) Komuniti tempatan yang dilakukan melalui perkongsian bijak. 


Sekiranya semua orang mempunyai sikap saling tolong menolong, maka banyak masalah boleh diselesaikan.  Selain itu, kita juga boleh menggalakkan dan memberi dorongan kepada komuniti setempat supaya lebih bertanggungjawab, bersatu padu dan bekerjasama bagi memenuhi keperluan  golongan masyarakat tertentu ke arah kesejahteraan dan pembangunan masyarakat. Selain Menggalakkan penglibatan dan sumbangan masyarakat dalam perkhidmatan kebajikan sukarela dan  Menggalakkan program dan aktiviti pembangunan sosial.


* Jom jadi sukarelawan.
* Jom jadi masyarakat yang sentiasa inginkan perubahan positif.
* Bersama-sama tanamkan nilai kemasyarakatan dalam hubungan komuniti.
* Jangan lupa, sekiranya tidak bergaul dengan orang sekeliling, maka masalah kita akan semakin bertambah.
Saling bergantungan antara satu sama lain. Kita Membantu, Masyarakat Menerima. Kita Menerima, Masyarakat Membantu. 


★ Peranan Moderator Dalam Pembentukan Komuniti Siber ★


Komuniti siber
Komuniti siber adalah suatu sistem sosial yang bersifat terbuka dan tiada sempadan. Komuniti siber mempunyai kelebihan dan kebolehan yang tersendiri dalam penyelesaian masalah dan pembentukan pengetahuan yang baru. Ada sesetengah pihak juga berpendapat bahawa pada suatu  masa kelak komuniti fizikal yang wujud pada masa ini berkemungkinan akan digantikan oleh komuniti siber.

Menurut Preece (2001), menyatakan komuniti siber digambarkan sebagai masyarakat yang berhubungan di antara satu sama lain, menolong orang lain dalam penyelesaian masalah dan satu perhubungan yang bersifat mesra dan menyakinkan. Manakala untuk sesetengah orang lain pula, memberikan gambaran negatif seperti satu perhubungan yang berbentuk konspirasi, bersifat subversif, jenayah dan pencerobohan terhadap peribadi seseorang. 

MODERATOR

Moderator dianggap sebagai ketua dalam sesuatu komuniti siber dan mempunyai peranan yang tertentu bagi memastikan keharmonian perhubungan antara ahli komuniti siber. Moderator juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan hala tuju dan pengekalan hayat komuniti sibernya. Peranan moderator adalah sebagai seseorang yang memberikan : 
i) Motivasi, 
ii) Sokongan, bimbingan, galakkan dan dorongan, 
iiiSebagai ketua perbincangan, 
iv) Membantu pelajar di dalam meningkatkan kemahiran berkomunikasi, membimbing sesuatu perbincangan supaya berada pada landasan yang betul dan, 
v) Sebagai fasilitator kepada topik perbincangan.

Moderator bersidangan secara online biasanya melibatkan kuasa dan tanggungjawab yang agak khusus iaitu samada secara teknikal atau sebagai pembantu kepada ahli di dalam komuniti tersebut. Peranan moderator adalah gabungan beberapa elemen iaitu sebagai : 
i) seorang guru, 
ii) Pengacara, 
iii) Fasilitator dan,
iv) Penganjur komuniti.

Feenberg (1987) menyatakan sebagai ketua terhadap perbincangan online, mereka hendaklah mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam menguruskan kumpulan komunikasi, di mana peranannya akan mengikut susunan nilai dan norma yang sebenarnya. Beliau seterusnya menyatakan disebabkan kemajuan dalam teknologi komunikasi yang semakin berkembang yang melibatkan telepersidangan berkomputer dalam pembelajaran jarak jauh dan juga untuk pembelajaran setempat, ia memerlukan kemahiran, rekabentuk yang sistematik, pengurusan dan perancangan yang mencukupi untuk sesuatu persidangan itu berjaya sepenuhnya. Oleh yang demikian moderator memainkan peranan yang besar dalam menentukan sesuatu komuniti siber itu bertahan lama dan kewujudannya masih mendapat perhatian ramai. Keselesaan yang dirasai sebagai ahli komuniti siber akan menyebabkan keinginan untuk meningkatkan kemajuan komuniti siber mereka.

★ Pendidikan Seks ★




Dalam sistem pendidikan  Malaysia, kini dapat dilihat tiada satupun subjek yang betul-betul mempraktikkan  penerangan kepada kesihatan seksual atau pendidikan kesihatan seks secara menyeluruh kepada pelajar, walaupun subjek ini telah diperkenalkan peringkat sekolah menengah di malaysia bermula tahun 1989 lagi. Pelbagai usaha telah dilaksakan bagi memperkenalkan subjek ini di peringkat umum tetapi  mendapat tentangan daripada pelbagai pihak sehinggakan isu ini menjadi hangat pada tahun 2010 dan 2011. 

Ini mungkin kerana nama subjek tersebut yang dikatakan terlalu menonjol sehinggakan  Dr Mohamad Khir Toyo dalam blognya bertarikh 17 mac 2010 mencadangkan pendidikan seks ditukar kepada pengajian gender. Tetapi sehingga kini pelbagai usaha dilaksanakan terutama oleh pihak kerajaan dalam isu pendidikan seks ini seolah-olah hanya  melepaskan batuk ditangga. Memandangkan dengan permasalahan sosial realiti yang dibentangkan dalam artikel setidaknya telah cukup menggambarkan kebenaran fakta  peningkatan kadar berlakunya jenayah buang bayi, merebaknya penyakit berjangkit kelamin (sexual-transmitted disease), Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan pelbagai lagi masalah gejala sosial. 


Selain itu, statistik menunjukkan lebih 50 peratus  remaja Malaysia pernah melakukan hubungan seks  maka dengan itu Pendidikan kesihatan seks di Malaysia adalah sangat wajar dilaksanakan secara menyeluruh. Faktor utama  gejala sosial yang berleluasa berlaku dalam kalangan remaja disebabkan oleh kurangnya pengetahuan tentang seksualiti sehinggakan seorang pakar pendidikan. Dalam konteks pendidikan seks,masyarakat timur seperti Malaysia tidak gemar untuk berbicara isu ini secara terbuka kerana ia dianggap sebagai 'taboo'. Namun bagi masyarakat barat, isu pendidikan seks ini bukan lagi suatu perkara yang sulit. Di barat, mereka menghuraikan pengajaran seks dengan menampilkan model yang berbogel untuk melakukan teknik-teknik hubungan kelamin yang betul. Manakala, di Malaysia pula perlu berteraskan konsep moraliti, akhlak serta sistem nilai yang murni.

Bagaimana Persoalan yang Dilontarkan Mengenai Pendidikan Seks di Canada Boleh Diaplikasikan di Malaysia.
Mengapa Kita Memerlukan Pendidikan Kesihatan  Seks di Sekolah?
Sekolah merupakan tempat terbaik dalam menyebarkan dan menyampaikan ilmu berkaitan dengan pendidikan seks. Sekolah juga tempat terdapatnya ramai golongan remaja di mana remaja adalah golongan paling mudah terpengaruh dan terjebak dengan masalah sosial. Ini mungkin kerana ketidakmatangan dalam bertindak, dan tidak mampu berfikir serta kekurangan ilmu mengenai sosial.  

Statistik menunjukkan bahawa 3 daripada 6 remaja terlibat dengan  seks bebas dan menurut lapoan Mymetro 27 Sept 2012, terdapat 60% remaja hilang dara menjelang umur 18 tahun. Ini adalah fakta-fakta jelas menunjukkan perlunya Pendidkan Seks di sekolah Malaysia dalam menekan aspek memberi penjelasan secara betul dan menyeluruh kepada pelajar. 


Secara prinsipnya, pelajar termasuk belia dan remaja perlu memiliki : 
i) Kemahiran ilmu mengenai seks, 
ii) Berhak untuk mendapatkan maklumat, motivasi, dan pandangan peribadi. 
iii) Untuk mengelakkan diri daripada kesan negatif melakukan hubungan seks, contohnya, jangkitan kuman di alat kelamin termasuklah HIV, kehamilan yang tidak dirancang dan untuk meningkatkan kesihatan seksual. 

Peringkat ini adalah penerangan yang penting kepada pelajar tentang risiko seks bebas atau seks sebelum kahwin. Oleh itu, sekolah adalah tempat paling strategik atau terbaik untuk menerangkan mengenai pendidikan kesihatan seks kerana faktor remaja atau golongan muda itu sendiri. Kebanyakkannya remaja mudah terpengaruh dengan rakan-rakan di sekolah. Oleh itu, pendidikan seks boleh membantu mereka dalam mengetahui perkara negatif yang bakal diterima sekiranya mereka melakukan seks di bawah umur atau seks bebas.

Adakah Ibu Bapa Inginkan Pendidikan  Kesihatan Seks  Diajar di Sekolah-sekolah?
Ibu bapa dan penjaga adalah penting dan utama sebagai sumber petunjuk kepada orang muda mengenai tingkah laku seksual dan nilai-nilai. Menurut Frappier, Kaufman, Baltzer, belia lebih cenderung melihat ibu bapa mereka sebagai sumber berharga dalam mendapatkan maklumat seksualiti. Melihata kepada situasi rakyat malaysia hari ini terutama sebahagian besar  golongan orang kampung dan orang tua menganggap isu berkaitan seks adalah perkara tapu dan tidak boleh dibicarakan secara terbuka. Selain itu bagi masyarakat bandar pula, kesibukan urusan harian ibubapa menyebabkan tiadanya masa dalam berbual dan meluangkan masa dengan anak mengenai pendidikan kesihatan seks. 

Oleh itu, disini perlunya peranan sekolah dalam menerangkan isu  kesihatan seks kepada pelajar. Majoriti ibu bapa merasakan pendidikan seks yang akan diajar di sekolah-sekolah di Malaysia dapat mengelakkan golongan remaja daripada terlibat dalam tingkahlaku seks tidak bermoral. Pandangan negatif ibu bapa di Malaysia terhadap pengajaran pendidikan seks di sekolah kepada anak mereka perlu dikiskis. Ibu bapa perlu mempunyai kesedaran yang tinggi tentang betapa pentingnya peranan mereka dalam menyampaikan maklumat pendidikan seks kepada anak mereka. Seterusnya, menyokong pengajaran  pendidikan seks di sekolah.


 Adakah Golongan Muda Mahu Pendidikan Kesihatan Seks Diajar Di sekolah-sekolah?
Sikap remaja terhadap seks dipengaruhi oleh kombinasi faktor individu dan latar belakang keluarga. Oleh itu, pendidikan seks sepatutnya melibatkan penyertaan ibu bapa. Program dalam pendidikan seks mungkin dapat menggalakkan lokus kawalan dalaman yang  dapat menolong remaja membina kecekapan dan memahami bahawa mereka mempunyai beberapa ukuran kawalan terhadap kehidupan mereka sendiri. Remaja memerlukan pendidikan untuk memahami dan mendapat pengetahuan. 

Satu  kajian dilakukan untuk mengetahui apakah pandangan umum warga Instituts Pendidikan Guru Kampus Dato, Razali Ismail berkaitan kewajaran pendidikan seksualiti diajar di sekolah di samping mengetahui sejauhmanakah responden memahami maksud pendidikan seksualiti. Kajian ini menunjukkan peratus golongan muda bersetuju pendidikan kesihatan seks diajar disekolah-sekolah. Sememangnya golongan belia amat memerlukan pendidikan kesihatan seks.

Apakah Nilai Yang Diajar Di Sekolah Berasaskan Pendidikan Kesihatan Seksual?
Persoalan ini perlulah berasaskan budaya masyarakat tempatan. Malaysia mengamalkan budaya ketimuran bermakna kita boleh  meletakan  nilai  tanggungjawab sebagai nilai utama seperti : 
 i) Tanggugjawab Pendidikan Iman, 
ii) Pendidikan Akhlak, 
iii) Pendidikan Fizik, 
iv) Pendidikan Intelektual, 
v) Pendidikan Psikologi, 
vi) Pendidikan Sosial  dan  Pendidikan Seksual. 
Menurut Dr. Abdullah Nashih Ulwan dengan kitabnya iaituT arbiyatul Awlad.  Adalah penting iaitu perbezaan nilai kita orang Malaysia dengan orang barat dalam proses pembelajaran pendidikan kesihatan seks. Nilai malu atau hormat perlu diterapkan dalam diri pelajar, tidak perlu rasanya untuk menunjukkan secara realiti seks itu berlaku dalam bilik kuliah atau kelas. Disini perlunya satu pemikiran baru atau pendekatan baru kepada proses pengajaran yang bersesuaian dengan budaya dan adat ketimuran.

Adakah terdapat bukti yang jelas bahawa pendidikan kesihatan seks  berkesan boleh membantu belia mengurangkan risiko mereka yang  kehamilan tidak diingini dan STI / jangkitan HIV?
Perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara bagi tahun 2000 hingga Julai 2008 mencatatkan lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa. Statistik daripada Kementerian Kesihatan pada bulan Jun 2006 telah menunjukkan 38 peratus daripada 73,427 kes-kes HIV yang telah dilaporkan terdiri daripada anak-anak muda yang berada di dalam lingkungan umur 13 sehingga 29 tahun. Seks bebas menjadi punca besar iaitu 15 peratus kepada penularan HIV di malaysia. Mengapa ini terjadi antara sebab utama adalah tiada pengetahuan mengenai kesihatan seks. Jika Menurut  Kajian di negara maju membuktikan pendidikan seks boleh mengurangkan masalah gejala seksual di kalangan remaja, kata Pengerusi Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN), Tan Sri Napsiah Omar. (berita harian online 31/03/2011) maka bermakna dimalaysia juga pendidikan seks mampu untuk mengurangkan risiko yang tidak diingini ini. Dengan pelaksanaan pendidikan ini adalah merupakan altenatif terbaik bagi mengurangkan risiko dan permasalah kesihatan seks.

Adakah Menyediakan Belia Dengan  Pendidikan  Kesihatan Seks Membawa Kepada Lebih Awal atau Lebih Kerap Aktiviti Seks?
Usaha sama antara Kementerian Pendidikan dengan Perkhidmatan Kesihatan dan Sosial, serta Program AIDS Kebangsaan setiap negara di dunia adalah bertujuan ke arah menyediakan Pendidikan HIV/AIDS kepada 100% kanak-kanak di sekolah. Pendidikan HIV/AIDS yang baik mestilah merangkumi pencegahan yang berkesan, penjagaan dan sokongan kepada penghidap HIV/AIDS tanpa sebarang diskriminasi. Pendidikan sebegini dapat membantu menangguhkan pengalaman seks remaja, dan apabila aktif secara seksual maka mereka dapat membuat keputusan dengan bijak untuk mengelakkan tingkah laku berisiko. 

Pengetahuan mengenai seks di kalangan masyarakat, masih lagi di tahap yang rendah. Ini bermakna sedar atau tidak mereka tidak mengetahui kesan aktiviti seks. Jika dilakukan dengan tidak ada persediaan awal dengan ilmu atau secara tidak selamat. Dengan ilmu dan nilai yang diajar kepada belia mengenai seks sebenarnya boleh mendorong mereka mendapatkan seks sihat seperti penggunaan kondom, setia kepada satu  pasangan atau seks selepas kahwin.

Adakah Kondom Berkesan Dalam Mencegah HIV dan lain-lain STI?
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) mengedarkan kira-kira 120,000 kondom kepada pelanggan mereka melalui 58 klinik Nur dan program-program seperti program "Satu Juta Tindakan", iaitu  tujuh pengeluar kondom telah menderma 1000000 kondom bernilai sejumlah 1 juta ringgit (US $ 314,267) melalui Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia kepada pihak LPPKN. Jika dilihat kepada angka komdom yang diedarkan bermakan komdom memiliki satu fungsi besar kepada orang malaysia. Menurut kajian Kondom berkesan dalam melindungi daripada STI dan HIV apabila digunakan dengan betul. Ia berkesan untuk mengelakkan jangkitan daripada pertukaran cecair badan. Ini kerana, kondom akan berfungsi sebagai penghalang. Walaupun peratusan ketepatan bukanlah 100 peratus berkesan tetapi ia merupakan satu altenatif terbaik kepada proses pencegahan. Walaubagaimanapun elak dari melakukan seks rambang atau setia kepada satu pasangan seperti isteri adalah baik untuk mengelakkan penyakit HIV dan lain-lain penyakit kelamin.

Apakah Kesan Penyediaan Kondom Untuk Remaja?
Mengenai isu penyediaan kondom di Malaysia adalah kontra di mana positif dan negatifnya saling berkait. Jika bertujuan mengelak daripada risiko penyakit ia adalah positif  dan  negetif  bilamana dilihat  seolah-olah  kondom adalah  lesen untuk menghalalkan zina dalam kalangan remaja. 

Pendekatan baru perlu difikirkan bagi mengantikan pemberian komdom kepada remaja seperti  program-program pendidikan  kesihatan seks,  kauseling kepada pembawa HIV supaya ikra 'dan bertanggunjawab  tidak menyebarkan penyakit dan pelbagai program-program lain.  Seseorang individu  tidak akan berzina sekiranya ia mempunyai nilai moral yang tinggi disamping dapat berfikir yang mana baik dan buruk. Selain pengetahuan mengenai seks dikalangan masyarakat sebenarnya membuatkan mereka takut untuk melakukan seks yang tidak selamat maka mereka akan memilih yang selamat. Maka disini dilihat pendekatan didikan awal pendidikan seks  kepada masyarakat Malaysia adalah jalan terbaik. Pemberian komdom adalah antara jalan altenatif boleh dibuata tetapi kita tidak mahu risiko lain yang timbul dikalangan remaja di malaysia seperti gejala seks bebas dan sebelum kahwin dengan pemberian komdom dikhuatiri disalah anggap oleh remaja.

Bagaimana Pendidikan Kesihatan Seksual Di Sekolah Mengikut Isu Undang-undang Baru Pada Umur Persetujuan Seksual?
Menurut psikologi, untuk membentuk pemikiran hanyalah 1%, dan 99% adalah akhlak. Akhlak perlu dibentuk dari kecil lagi. Di Malaysia, pendidikan seks sebenarnya perlu diajar kepada pelajar di peringkat sekolah rendah lagi. Ini kerana disini bermulanya untuk mengenal dunia dan persekitaran. Peringkat awal pendidikan boleh menekankan kepada aspek akil baligh dan elemen-elemen bab adab dan entegriti, peraturan ,berbezaan, hubungaan antara lelaki dan perempuan dan lain-lain bab yang perlu. 

Bab membabitkan hak  dan gender perlu ditekankan, kerana melalui pendidikan seks ini pelajar aka mengetahu hak mereka dan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan keatas mereka seperti rogol , pencabulan dan mereka tahu mana tempat untuk merujuk. selain menanam sifat-sifat baik bersesuaian dengan orang timur dalam setiap diri pelajar. Mungkin teknik mengajar perlu disesuaikan dengan budaya dan amalan orang timur dan tidak perlulah meniru secara total cara orang barat dalam memberi penjelasan pendidikan seks kepada pelajar mereka. 

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, antara skop yang akan dimasukkan bagi murid tahap satu ialah perbezaan aspek fizikal lelaki dan perempuan, tanggungjawab menjaga kebersihan diri, kemahiran berkata ‘tidak’ kepada sentuhan yang tidak selamat, kepentingan memelihara kehormatan diri serta pengurusan perasaan. Bagi tahap dua yang membabitkan murid Tahun Empat, Lima dan Enam, skopnya ialah : 
i) Bagaimana mengurus konflik, 
ii) Perubahan fizikal, dan akil baligh, 
iii) Sistem reproduktif, 
iv)Kemahiran memelihara kehormatan diri, 
v) Risiko hubungan seks sebelum nikah, jangkitan penyakit dan kemahiran berkata tidak kepada rokok, alkohol dan dadah. 

Sukatan baru ini juga merangkumi modul mengenai pentingnya membuat keputusan yang tepat sama ada mahu melakukan seks atau tidak. Umur yang bersesuai bagi membenarkan hubungan seks adalah selepas kahwin atau 18 tahun ke atas kerana di usia itu, individu sudah boleh berfikir secara rasional.

Apakah Faedah  Sosial Dan Ekonomi Kepada Masyarakat Jika Pendidikan Kesihatan Seksual Dilaksanakan Meluas Di Sekolah-sekolah?
Di Malaysia, statistik kes pembuangan bayi semakin parah apabila dalam sebanyak 34 kes buang bayi dilaporkan di akhbar-akhbar utama.  Selain itu, Kementerian Kesihatan Malaysia memperuntukan RM19.277 bilion untuk bajet , RM 500 juta daripadanya adalah untuk HIV  dan AIDS. 
Melihat kepada angka-angka ini adalah merupakan satu perkara serius kepada sosial dan ekonomi malaysia. Jika perpatah sediakan payung sebelum hujan dan mencegah lebih baik dari mengubati digunakan sebagai sandaran awal dengan menyediakan inisiatif pendidikan kesihatan seks maka negara mampu untuk mengurangkan perbelanjaan  dan  masalah sosial yang berlaku seperti masalah pembuangan bayi yang berleluasa di Malaysia dapat diatasi.


* Secara keseluruhannya, Pendidikan Kesihatan Seks di Malaysia adalah wajar dilaksanakan secara menyeluruh di setiap sekolah, dengan pembelajaran  yang mengikut acuan sediri berasaskan unsur ketimuran. Walaupun sekarang dilihat ilmu pendidikan kesihatan seks ini diajar di sekolah melalui Pendidikan Islam dan Moral tetapi masih lagi tidak cukup kerana ia lebih kepada umum bukannya khusus kepada sesuatu isu. Maka pendidikan kesihatan adalah wajar dilaksanakan.