Wednesday, April 17, 2013

★ Pembelaan Warga Emas ★

Assalamualaikum...


Kini, jumlah penghuni di rumah orang tua semakin banyak. Oleh itu, penubuhan rumah orang tua juga semakin banyak bak 'cendawan tumbuh selepas hujan'. Bukan sahaja di rumah orang-orang tua, malah warga emas juga turut mengemis di jalanan. Mereka tiada tempat bergantung dan terpaksa  merempat di tepi jalan, dan lorong-lorong. Mengapa fenomena ini semakin menjadi-jadi ? Apakah sebab utama golongan warga emas sering dipinggirkan dan ditempatkan di rumah orang tua? 

- Tidur di merata-rata, tanpa kenal erti kotor -
Peningkatan penghuni rumah orang tua semakin meningkat disebabkan oleh keruntuhan institusi keluarga yang lebih menfokuskan kepada kehidupan yang mengejar kemewahan tanpa memikirkan perasaan warga emas tersebut. Selain itu, warga tua juga terpaksa meminta sedekah, mencari tin-tin kosong dan makan minum mereka tidak dijaga. Kebiasannya, mereka akan mengutip sisa-sisa makanan di dalam tong sampah. Anak-anak mengabaikan keperluan seperti tempat tinggal, makanan, pakaian, kewangan, perubatan dan sebagainya. Di manakah pertimbangan mereka ? Mereka menanggap bahawa warga emas tidak produktif dan membebankan. Ironinya, warga emas adalah pencetus inspirasi bagi setiap masyarakat supaya lebih berkualiti. Namun, malang. Mereka tidak dilindungi, malah mereka dibuang. Sanggup seorang anak berkelakuan begitu. Hilang nilai dalam diri mereka. 


Antara langkah untuk membantu golongan warga emas ini supaya kehidupan mereka selesa dan bermakna ialah :

i) Warga emas harus digalakkan menyertai aktiviti kemasyarakatan dan kekeluargaan. Masyarakat akan lebih menghormati dan menghargai mereka.
ii) Kemudahan-kemudahan yang sesuai perlu disediakan bagi warga emas menjalankan aktiviti riadah di kawasan perumahan, rekreasi. dan pusat sukan. Ini bagi menggalakan supaya mereka dapat bergaul dan mengenali orang ramai.
iii) Kemudahan perubatan dan kesihatan yang sesuai khusus untuk warga emas perlu disediakan bagi memastikan mereka kesihatan terjamin dan dapat hidup dengan gembira dan bahagia.
iv) Warga emas digalakkan untuk terus menyumbangkan kepada pembangunan negara melalui penyertaan dalam pekerjaan berasaskan kepada pengalaman dan kemahiran masing-masing. 
v) Sistem pengangkutan awam untuk membolehkan warga emas bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan selesa.


Namun begitu, sekiranya warga emas tersebut diabaikan dan dipinggirkan. Maka, perlindungan dan penjagaan kepada mereka akan diuruskan oleh agensi kerajaan mahupun swasta dengan menyediakan perkhidmatan yang baik dan mesra. Antaranya seperti :
a) Rumah Sri Kenangan (RSK) : Institusi yang memberi perlindungan dan penjagaan kepada warga emas.
b) Rumah Orang Tua Islam Tidak Berwaris : Institusi yang memberi perlindungan dan penjagaan kepada warga emas Islam yang tidak mempunyai waris.
c) Desa Bina Diri (DBD) : Institusi yang memberi perindungan dan pemulihan kepada orang miskin/papa.
d) Kompleks Penyayang Bakti 



* Berikan senyuma kepada mereka. Mereka berhak untuk hidup gembira dan selesa.
* Jangan sesekali abaikan ibu bapa kita. Tanpa mereka, siapalah kita.
* Pupuk kesedaran yang tinggi dalam diri supaya sayang warga emas yang lain.
* Sanjungi mereka. 
* Bila berjauhan dengan ibu bapa, Jangan lupa telefon mereka. Tanya khabar :)

--> SAYANGI IBU BAPA & WARGA EMAS YANG LAIN <--




No comments:

Post a Comment