Tuesday, April 2, 2013

★ Kebajikan Masyarakat ★



DASAR KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGARA digubal bertujuan untuk menggalakkan kesejahteraan rakyat serta kestabilan masyarakat menuju ke arah pewujudan keadilan sosial


STRATEGI UMUM DASAR KEBAJIKAN MASYARAKAT
1. MEMBANGUNKAN Potensi Manusia ke tahap optimum serta meningkatkan daya  ketahanan masyarakat untuk menghadapi cabaran kemasyarakatan semasa;
2. MEWUJUDKAN berbagai-bagai kemudahan supaya dapat meningkatkan tahap  keupayaan untuk kemajuan diri dan individu;
3. MEMBINA dan memupuk semangat tolong-menolong, bantu-membantu untuk mengukuhkan budaya ikram.


KUMPULAN SASARAN YANG DIBERIKAN PERHATIAN DALAM DASAR KEBAJIKAN MASYARAKAT

1) KANAK-KANAK
• Kanak-kanak dilindungi semua bahaya termasuk terhadap penyalahgunaan dadah, penyiksaan, penderaan, diskriminasi dan eksploitasi. Di samping itu penekanan khusus diberi kepada perkembangan sihat kanak-kanak dari segi fizikal, sosial, emosi dan mental.
• Mereka juga dilengkapi dengan nilai dan sikap yang sesuai supaya mereka mempunyai haluan dan tujuan tertentu sebagai generasi dan pemimpin masa depan.
• Mereka juga dilengkapi dengan nilai dan sikap yang sesuai supaya mereka mempunyai haluan dan tujuan tertentu sebagai generasi dan pemimpin masa depan.

2) REMAJA
• Peringkat remaja kebiasaaannya dipengaruhi oleh berbagai-bagai gangguan emosi dan tekanan kehidupan yang mendesak.
 • Oleh itu bimbingan, sokongan serta panduan dari ibubapa, keluarga, masyarakat tempatan dan semua pihak yang terlibat adalah penting supaya golongan ini dapat mengatasi peringkat remaja dengan lebih tenang, tenteram dan penuh keyakinan diri.

3) PESALAH SOSIAL
Perlindungan dan bantuan diberikan kepada mangsa dan penjenayahan di samping perkhidmatan pemulihan pesalah.

4) ORANG ISTIMEWA
• Kemudahan dan pengesanan awal disediakan bagi mereka untuk menerima rawatan, pemulihan, pendidikan dan latihan.
 • Usaha untuk mengintegrasikan mereka ke dalam masyarakat digalakkan agar mereka bersedia menghadapi cabaran keadaan semasa.

* Sama-sama kita menjaga kepentingan masyarakat.
*Hidup Harmoni, Bahagia, dan Mendapat Hak yang Sama Rata :)

4 comments:

  1. yeas,,,itu lah social welfare :) menjga kebajikan bersama

    ReplyDelete
  2. Perlukan kerjasama dari semua pihak tanpa membezakan pangkat @ darjat.
    Saling membantu-membantu, hormat-menghormati dapat menguatkan perpaduan sesama kita...renungan bersama :)

    ReplyDelete
  3. yaa, betul .. kita tak boleh melabel mereka sesuka hati. Mereka bukan utk dilabel tetapi sepatutnya dilindungi daripada terus terjebak kepada aktiviti negatif. Sama-sama kita berusaha untuk menjadi masyarakat yang prihatin :)

    ReplyDelete
  4. kesian tengok budak oku tuh :(

    ReplyDelete