Sunday, April 21, 2013

★ Hubungan dengan Komuniti ★



Kita sebagai manusia akan sentiasa berhubung dengan semua lapisan masyarakat tanpa mengira jantina, usia, bangsa, dan agama. Oleh itu, setiap perlakuan kita akan melibatkan masyarakat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Hubungan kominiti mestilah dititikberatkan supaya ianya tidak rapuh. Namun begitu, hubungan antara komuniti pada masa ini semakin kurang diberi perhatian kerana masyarakat lebih suka mengejar kemewahan dan seolah-olah lebih mementingkan gadget-gadget berbanding dengan berhubung secara 'face to face' atau bersemuka. 


Sikap ini sangat tidak memberi kebaikan kepada masyarakat sekeliling. Hal ini kerana mereka yang tidak menjaga hubungan komuniti sesama orang lain akan menjadi seperti 'katak di bawah periuk besi'. Ini kerana mereka akan menjadi manusia yang tidak bijak dalam menjaga kebajikan dan keprihatinan terhadap masyarakat luar. Sebenarnya, mereka ini adalah orang yang hanya mementingkan diri sendiri. Di mana nilai sebagai seorang masyarakat ? Bila ingin membantu orang yang memerlukan ? Soalan sebegini tidak pernah bermain di fikiran mereka. Bagi mereka semua itu adalah menjaga tepi kain orang. Walhal, ia tersangatlah penting .


Kita mestilah peka dalam setiap situasi dan sentiasa terlibat dalam aktiviti yang melibatkan masyarakat. Kita perlu mengaplikasikan fungsi seperti yang ditekankan oleh Bahagian Pembangunan Komuniti (PKdengan memberikan perkhidmatan kepada semua lapisan kumpulan sasar dan komuniti khususnya dalam perkhidmatan kepada pertubuhan sukarela, komuniti, sektor korporat dan sebagainya. 

Selain itu, menumpukan perhatian kepada penglibatan masyarakat dalam : 
i) Pembangunan komuniti melalui penyertaan aktif Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), ii) Komuniti setempat, 
iii) Sektor swasta, 
iv) Para sukarelawan dan,
v) Komuniti tempatan yang dilakukan melalui perkongsian bijak. 


Sekiranya semua orang mempunyai sikap saling tolong menolong, maka banyak masalah boleh diselesaikan.  Selain itu, kita juga boleh menggalakkan dan memberi dorongan kepada komuniti setempat supaya lebih bertanggungjawab, bersatu padu dan bekerjasama bagi memenuhi keperluan  golongan masyarakat tertentu ke arah kesejahteraan dan pembangunan masyarakat. Selain Menggalakkan penglibatan dan sumbangan masyarakat dalam perkhidmatan kebajikan sukarela dan  Menggalakkan program dan aktiviti pembangunan sosial.


* Jom jadi sukarelawan.
* Jom jadi masyarakat yang sentiasa inginkan perubahan positif.
* Bersama-sama tanamkan nilai kemasyarakatan dalam hubungan komuniti.
* Jangan lupa, sekiranya tidak bergaul dengan orang sekeliling, maka masalah kita akan semakin bertambah.
Saling bergantungan antara satu sama lain. Kita Membantu, Masyarakat Menerima. Kita Menerima, Masyarakat Membantu. 


2 comments:

  1. ramai bagi alasan takde mase..=\

    Parody Trailer Iron Man 3

    http://iniblogabangkamil.blogspot.com/2013/04/trailer-iron-man-3-tanpa-cgi.html

    ReplyDelete
  2. kan.. padahal itu semua alasan.. masa ade je.. tp kite xtahu nk ambil masu utk jd volunteers ni kan.. apa2 pom.. jd sukarelawan ni best dpt knl dgn ramai org.. :)

    ReplyDelete