Saturday, March 23, 2013

★ Kanak-kanak Harapan Masa Depan

Assalamualaikum...


Kanak-kanak merupakan permata negara iaitu harapan keluarga kelak. Namun, masih terdapat pihak-pihak tertentu yang sanggup mempergunakan golongan kanak-kanak demi kepentingan diri sendiri tanpa bersikap perikemanusiaan. Kini, banyak kes yang melibatkan kanak-kanak seperti  Penderaan Fizikal, Emosi, Seksual, dan Eksploitasi. 

Namun begitu, adakah anda tahu siapa itu kanak-kanak? Mengikut Akta Kanak-kanak 2001, Kanak-kanak didefinisikan sebagai seorang yang berumur di bawah 18 tahun. Manakala, mengikut tafsiran prosiding jenayah, merujuk kepada seksyen 82 Kanun Keseksaan,  kanak-kanak didefinisikan sebagai  seseorang yang berumur antara 10 hingga 18 tahun. 



Sebab-sebab Kanak-kanak memerlukan perlindungan dan pemeliharaan : 
1) Kanak-kanak berkemungkinan besar akan dianiayai dan dicederakan.
2) Ibu bapa/penjaga tahu tentang kecederaan/penganoayaan atau kemungkinan, tidak melindungi/tidak mungkin melindungi kanak-kanak.
3) Ibu bapa/penjaga keberatan menyediakan penjagaan, makanan, pakaian, dan tempat berteduh yang cukup.
4) Ibu bapa/penjaga tidak layak/telah mengabaikan/tidak berupaya mengakibatkan kanak-kanak terlibat dalam pergaulan tidak sihat.
5) Kanak-kanak tiada ibu bapa/penjaga/ dibuang dari keluarga.
6) Kanak-kanak perlu diperiksa, disiasat atau dirawat tetapi ibu bapa/penjaga mengabaikan atau enggan mendapatkan pemeriksaan rawatan.
7) Kanak-kanak berkelakuan memudaratkan diri. Oleh itu, ibu bapa/penjaga tidak berupaya/keberatan untuk memperbaiki keadaan dan gagal untuk mengambil tindakan yang baik. 
8) Kanak-kanak berada di jalanan atau premis untuk mengemis, dan menyebabkan berlakunya pengeksploitasian kanak-kanak yang menyalahi undang-undang.

Hakikatnya, kanak-kanak sangat memerlukan perhatian dan kasih sayang yang mencukupi . Hal ini adalah untuk membantu perkembangan minda mereka. Ketidakstabilan dalam institusi kekeluargaan menyebabkan kanak-kanak mengalami tekanan dari aspek emosi. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama dan menanam sikap saling sayang-menyayangi agar kanak-kanak ini dapat membesar dengan baik dan berkualiti. 

* Telemovie Ku petik Dosa lakonan Fasha Sandha memberikan banyak pengajaran dan peringatan penting untuk dijadikan sebagai tauladan kepada semua masyarakat. Telemovie ini mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang meminta jirannya iaitu Kak Sal untuk menjaga anak perempuan mereka si Nia. Pada mulanya, Kak Sal dan suami melayani Nia dengan penuh kasih-sayang dan mesra. Namun, disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari, malangnya Nia dianiyai oleh jirannya tanpa disedari oleh ibu bapanya. Telemovie yang berakhir dengan sad ending :'(  Banyak iktibar yang boleh diambil daripada telemovie ini. Oleh itu, sebagai ibu bapa, luangkan masa yang secukupnya untuk anak-anak agar mereka gembira dan mendapat perhatian. KU PETIK DOSA - http://www.perekacerita.com/2012/09/ku-petik-dosa-tv3.html



2 comments:

  1. t ada jumpa kanak2 kehilangan penjaga..kat pasar malam seksyen 16..org bangi masih kuat sense of belonging (Y)

    ReplyDelete
  2. btul kew?? kesian kanak2 tuu kn?? tercicir dr ibu dy kew or memg tiada pat tinggal??

    ReplyDelete