Monday, March 18, 2013

♥ Apa Itu Kerja Sosial ??

Kerja sosial adalah satu profesion meliputi perkhidmatan memberi tumpuan kepada menanggani masalah, meningkatkan kefungsian sosial, meningkatkan kapasiti serta menggalakkan pencapaian taraf kehidupan berkualiti untuk individu, keluarga, kumpulan dan komuniti. Kerja sosial menjadi satu profesion yang memberi penekanan terhadap kepentingan individu dan masyarakat dengan membekalkan perkhidmatan profesional berteraskan pengetahuan kerja sosial, nilai dan prinsip kerja sosial, etika profesion dan intervensi.


NASW (National Association of Social Work) – 1973 - Kerja sosial merupakan aktiviti profesional untuk menolong individu, kumpulan atau komuniti untuk meningkatkan atau memulihkan keupayaan mereka bagi mencapai kefungsian sosial dan seterusnya membentuk “societal” yang baik bagi mencapai matlamat masing – masing. Skidmore (1994) - Satu “art”, sains dan profesion yang menolong manusia untuk menyelesaikan masalah individu, kumpulan dan komuniti melalui amalan – amalan kerja sosial. Amalan ini termasuklah kerja kes, kerja kumpulan, organisasi, komuniti, pentadbiran dan juga penyelidikan. Boehm (1959) – Council on Social Work Education - Berbentuk “Functional” Kerja sosial bertujuan meningkatkan kefungsian sosial individu sama ada berseorangan atau berkumpulan melalui aktiviti yang memfokuskan kepada perhubungan sosial mereka (interaksi individu dengan individu lain dan juga persekitaran)


Morales & Sheafor, (1998) – Kerja sosial adalah satu aktiviti profesional yang membantu individu, kelompok atau masyarakat untuk meningkatkan atau membaiki kapasiti mereka bagi memenuhi keperluan sosial dan mewujudkan satu keadaan yang kondusif bagi mencapai tujuan tersebut.Skidmore et. al, (2000) – Kerja sosial adalah satu ‘art’, sains dan profesion yang menolong menyelesaikan masalah individu, kumpulan dan komuniti melalui amalam kerja sosial. Center for Human Rights UN, (1994) – Kerja sosial adalah satu profesion bertujuan menghasilkan perubahan sosial kepada masyarakat secara umumnya dan perkembangan individu secara dasarnya. 

No comments:

Post a Comment