Wednesday, March 20, 2013

• GEJALA SOSIAL DALAM KOMUNITI •


Gejala sosial merupakan masalah yang sering diperkatakan dalam komuniti hari ini. Ia tidak lagi melanda masyarakat membangun tetapi telah turut melanda masyarakat sedang membangun seperti Malaysia. Walaupun, pada setiap masa para pemimpin negara mendakwa masalah sosial berada pada tahap yang terkawal, tetapi untuk melalui masa depan yang masih panjang sudah tentu merupakan suatu perkara yang membimbangkan. Ia menjadi suatu tragedi yang menakutkan apabila para belia telah mula terperangkap dengan gejala ini. Masalah ini timbul, mungkin berpunca daripada sikap golongan dewasa yang membina institusi keluarga atas nilai yang rapuh, kemudian melahirkan anak-anak dalam bahang kepanasan dalaman dan luaran rumahtangga. Kini, masalah ini tanpa mengenal simpati telah melanda kawasan bandar, demikian juga kawasan setinggan. Banyak pihak pening kepala dengan berfikir mencari jalan keluar terhadap permasalahan ini. Masalah ini haruslah di atasi. Jika masalah ini tidak dapat diatasi, besar kemungkinan generasi akan datang tidak berkualiti.

Antara bentuk gejala sosial yang sering melanda masyarakat adalah seperti berikut:

1. Penyalahgunaan dadah 
Penyalahgunaan dadah bermaksud pengambilan dadah yang berleluasa di luar batasan manusia, mengambil dadah bukan untuk tujuan rawatan perubatana, dan mengambil dadah lebih daripada tempoh masa preskripsi. Penggunaan dadah dengan tujuan yang salah akan menjejaskan sistem urat saraf. 

2. Gangsterism

Isu gangsterisme ini bukan saja berlaku dalam kalangan dewasa, ia juga melibatkan pelajar sekolah yang berumur antara 13 hingga 19 tahun. Peratus tertinggi menunjukkan bahawa kes gangsterisme yang melibatkan golongan remaja. Antara ciri gangsterisme yang ada pada pelajar sekolah ialah suka pulang lewat dari sekolah dan mempunyai rekod kehadiran yang teruk. Pelajar ini suka melepak dengan ahli kumpulan lain selepas pulang sekolah. Mereka akan memenuhi pusat-pusat membeli belah dan cyber cafe. Mereka suka menghabiskan masa dengan kawan-kawan berbanding dengan keluarga. Mereka lebih suka mendapatkan kebebasan dan keseronokan. Mereka juga sering ponteng sekolah sambil melepak serta memeras ugut pelajar lain. Kes gangsterisme melibatkan kecederaan yang serius dan boleh mengakibatkan kematian, kerosakan harta benda awam dan sebagainya.


No comments:

Post a Comment