Saturday, April 20, 2013

★ Pelajar OKU . Orang Kelainan Upaya ★



Salam..kalam bersambung...Hari ini saya nak membincangkan mengenai hak-hak ORANG KURANG UPAYA atau ORANG KELAINAN UPAYA (OKU) . Dalam pemerhatian kita, hak-hak orang OKU dalam mendapat hak berpendidikan, pengangkutan, perkerjaan, pengetahuan, menjalankan tanggungjawab kepada agama dan sebagainya. Mahasiswa mungkin mengambil peluang ini untuk mencipta satu keadah bagi membantu golongan OKU mendapat pelajaran. 


Bukan tiada, cuma terlalu sikit, mari kita melihat dalam sudut agama, mereka mengalami kesukaran dalam melakukan ibadat dan menunaikan ibadat, walaupun ada kebenaraan untuk mereka diringankan dalam melakukan ibadat tetapi hak itu tetap hak mereka. DR Maszlee pensyarah UIA dalam syarahannya pernah menyatakan tentang perkara ini, seperti penggunaan tulisan braille perlu diperluaskan bagi golongan OKU yang mempunyai masalah penglihatan dan buta. Supaya mereka mendapat hak dalam pendidikan bagi mendapatkan pengetahuan ...bersambung...




★ Kebebasan Remaja . Freedom ★



Inikah yang dinamakan  BEBAS ??


KEBEBASAN, Semua orang inginkan kebebasan. Namun begitu, anda inginkan kebebasan bagaimana? Adakah kebebasan  berfikir, kebebasan bersuara, atau kebebasan bertingkah laku ? Kebebasan harus difahami dengan betul dan digunakan dengan bijaksana. Jika tidak, kebebasan akan memakan diri sendiri. Perkara yang sangat ditakuti adalah kebebasan yang membuatkan manusia terbabas atau tersasar. Setiap kebebasan  ada hadnya.

Sumber : Google
KEBEBASAN dalam pergaulan sangat membimbangkan. Lelaki dan perempuan, sekiranya sudah tiada batasan dalam pergaulan amat ditakuti terjerumus dalam kancah maksiat. Perkara yang melampaui batas akan membawa kepada negatif. Kini, banyak kes yang melibatkan remaja yang terlalu OBSES mencari KEBEBASAN. Mereka cuba menjadi burung yang bebas terbang tanpa dikawal. Remaja mudah terjebak dengan :
i) Perlakuan zina,
ii) Melepak, Merempit,
iii) Menyalahgunakan dadah dan
iv) Hidup berfoya-foya.


Pergaulan sesama remaja mestilah ada batasnya. Jika tiada batas, gejala sosial makin meningkat dan bertambahnya kes rogol, hamil luar nikah, jenayah dan pembunuhan. Cinta remaja terlalu melampaui batas sehinggakan memakan diri sendiri. Selain itu, penyalahgunaan dadah bukanlah untuk mengawal emosi yang tertekan. Ia bukan jalan mudah untuk lari daripada masalah. 

Terdapat banyak sumber lain yang boleh remaja rujuk sekiranya mempunyai masalah dengan cara seperti : 
i) Dapatkan khidmat nasihat/kaunseling daripada guru, 
ii) Berkongsi masalah dan berbincang secara baik bersama keluarga, 
iii) Sekiranya tidak selesa berkongsi dengan keluarga, cuba dapatkan pertolongan daripada rakan yang boleh dipercayai. 


Semua mesti terlibat dalam membantu remaja. Terutamanya ibu bapa , pihak guru dan kerajaan. Masyarakat sekeliling juga sangat penting dalam memimpin remaja ke jalan yang lurus. Sama-sama kita berusaha untuk melahirkan remaja yang memiliki pemikiran yang stabil supaya mereka memiliki kekuatan untuk mengharungi hidup.


* Elakkan budaya Hedonisme : Keseronokan semata-mata dari pagi hingga ke malam.
* Pilih kebebasan yang mendatangkan faedah bukan menjahanamkan diri.
* Kawal diri kita :)
* Jangan berasakan kita betul, setuju atau tidak setuju kita perlu ikut peraturan, salah tetap salah, dan yang betul tetap betul.
*Anda berhak hebat, kerana kejayaan hak setiap insan :)

INGAT !!
* Sebebas mana pun kita, Kita tetap milik mak dan ayah :)


Friday, April 19, 2013

★ Jauhi Gangguan Seksual . Sexual Harassment ★


Apa itu Gangguan Seksual ???


Gangguan seksual melibatkan kata-kata yang berunsur lucah dan mempunyai hasrat terselindung untuk melakukan seks, termasuk merogol . Ia juga merupakan salah satu bentuk diskriminasi yang melibatkan penghinaan, penganiayaan dan kelakuan yang mengancam pihak yang terlibat oleh seseorang atau sekumpulan orang kerana hendak memenuhi keinginan seksual mereka. Ganggguan seksual merangkumi segala pertuturan, tingkah laku, sentuhan fizikal, isyarat secara berulang-ulang yang berunsur seksual. Perlakuan-perlakuan ini termasuklah sentuhan badan yang tidak diingini, paksaan mengadakan dating dan pujuk rayu supaya melakukan hubungan seks atau menampal gambar-gambar lucah.


Siapakah yang terdedah dengan ancaman seksual ?
Tanpa disedari banyak pihak yang terdedah dengan ancaman seksual, antaranya :
- Kanak-kanak
- Remaja Perempuan
- Wanita 
Perangkaan daripada tinjauan yang dibuat oleh Pusat Kesedaran Wanita (WCC) Pulau Pinang menunjukkan bahawa masalah remaja perempuan terdedah dengan gangguan seksual kini berada pada peringkat membimbangkan. Fakta yang diperolehi oleh WCC daripada survey ke atas 100 pelajar perempuan 15 hingga 17 tahun :
1. 80% mengakui menerima panggilan atau SMS daripada orang yang tidak dikenali
2. 54% Pelajar terlibat berhubung dengan orang yang tidak dikenali menerusi internet 
3. 36% Diganggu dengan unsur lucah di laman sosial
Perangkaan tersebut menunjukkan kebanyakan remaja perempuan itu terdedah kepada ancaman seks melalui panggilan telefon, SMS, MMS dan laman sosial. Mereka yang melakukannya ancaman itu pula terdiri daripada rakan lelaki dan lelaki yang tidak dikenali selain kekasih remaja wanita terbabit. 

Namun begitu, Kementerian Sumber Manusia (1999) mengkategorikan bentuk-bentuk gangguan seksual kepada lima jenis utama, iaitu :
1. Gangguan Secara Lisan : kata-kata, komen, gurauan, usikan, bunyi-bunyian dan soalan-soalan yang berbentuk ancaman atau ancaman seksual. 

2. Gangguan Secara Isyarat : isyarat atau bukan lisan yang dilakukan berdasarkan pandangan atau kerlingan yang membayangkan sesuatu niat atau keinginan, menjilat bibir, memegang atau memakan makanan dengan cara menggoda, isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks dan tingkahlaku mengurat yang berterusan. 

3. Gangguan Secara Visual : bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berunsur seksual, mendedahkan bahagian badan yang sulit yang tidak sepatutnya. 
4. Gangguan Secara Psikologi : mengulangi jemputan sosial yang telah ditolak, memujuk rayu secara berterusan untuk keluar bersama atau bercumbu. 
5. Gangguan Secara Fizikal : sentuhan yang tidak diingini, menepuk, mencubit, mengusap dan menggesel badan, memeluk, mencium dan membuat serangan seksual seperti meraba.


Gangguan seksual tidak boleh dipersepsikan sebagai masalah peribadi dalam sesebuah organisasi. Masalah ini tidak boleh dipandang remeh kerana ia melibatkan masa depan mangsa dan juga imej organisasi. Oleh itu,  kepada sesiapa yang pernah mengalami situasi seperti yang dinyatakan , diharap anda bijak membela diri dengan mendapatkan bantuan di :

i) Woman Aids Organization (WAO) : www.wao.org.my/
ii) All Woman's Action Society (AWAM) : http://www.awam.org.my/
iii) Woman's Centre for Change  : http://www.wccpenang.org/
iv) The Bestfrienders Kuala Lumpur : http://www.befrienders.org.my/
v) One Stop Crisis Centre (OSCC) : http://www.osccmy.org/


Sejauhmana remaja dan wanita yang telah menjadi mangsa ini tampil ke hadapan pihak berwajib membuat aduan ? Sama-samalah kita membantu mereka agar hak mereka terbela. Mereka perlu dilindungi . Semua masyarakat perlu prihatin dan sentiasa 'alert' dalam apa jua situasi .

* Peka dengan persekitaran kita .

Wednesday, April 17, 2013

★ Pembelaan Warga Emas ★

Assalamualaikum...


Kini, jumlah penghuni di rumah orang tua semakin banyak. Oleh itu, penubuhan rumah orang tua juga semakin banyak bak 'cendawan tumbuh selepas hujan'. Bukan sahaja di rumah orang-orang tua, malah warga emas juga turut mengemis di jalanan. Mereka tiada tempat bergantung dan terpaksa  merempat di tepi jalan, dan lorong-lorong. Mengapa fenomena ini semakin menjadi-jadi ? Apakah sebab utama golongan warga emas sering dipinggirkan dan ditempatkan di rumah orang tua? 

- Tidur di merata-rata, tanpa kenal erti kotor -
Peningkatan penghuni rumah orang tua semakin meningkat disebabkan oleh keruntuhan institusi keluarga yang lebih menfokuskan kepada kehidupan yang mengejar kemewahan tanpa memikirkan perasaan warga emas tersebut. Selain itu, warga tua juga terpaksa meminta sedekah, mencari tin-tin kosong dan makan minum mereka tidak dijaga. Kebiasannya, mereka akan mengutip sisa-sisa makanan di dalam tong sampah. Anak-anak mengabaikan keperluan seperti tempat tinggal, makanan, pakaian, kewangan, perubatan dan sebagainya. Di manakah pertimbangan mereka ? Mereka menanggap bahawa warga emas tidak produktif dan membebankan. Ironinya, warga emas adalah pencetus inspirasi bagi setiap masyarakat supaya lebih berkualiti. Namun, malang. Mereka tidak dilindungi, malah mereka dibuang. Sanggup seorang anak berkelakuan begitu. Hilang nilai dalam diri mereka. 


Antara langkah untuk membantu golongan warga emas ini supaya kehidupan mereka selesa dan bermakna ialah :

i) Warga emas harus digalakkan menyertai aktiviti kemasyarakatan dan kekeluargaan. Masyarakat akan lebih menghormati dan menghargai mereka.
ii) Kemudahan-kemudahan yang sesuai perlu disediakan bagi warga emas menjalankan aktiviti riadah di kawasan perumahan, rekreasi. dan pusat sukan. Ini bagi menggalakan supaya mereka dapat bergaul dan mengenali orang ramai.
iii) Kemudahan perubatan dan kesihatan yang sesuai khusus untuk warga emas perlu disediakan bagi memastikan mereka kesihatan terjamin dan dapat hidup dengan gembira dan bahagia.
iv) Warga emas digalakkan untuk terus menyumbangkan kepada pembangunan negara melalui penyertaan dalam pekerjaan berasaskan kepada pengalaman dan kemahiran masing-masing. 
v) Sistem pengangkutan awam untuk membolehkan warga emas bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan selesa.


Namun begitu, sekiranya warga emas tersebut diabaikan dan dipinggirkan. Maka, perlindungan dan penjagaan kepada mereka akan diuruskan oleh agensi kerajaan mahupun swasta dengan menyediakan perkhidmatan yang baik dan mesra. Antaranya seperti :
a) Rumah Sri Kenangan (RSK) : Institusi yang memberi perlindungan dan penjagaan kepada warga emas.
b) Rumah Orang Tua Islam Tidak Berwaris : Institusi yang memberi perlindungan dan penjagaan kepada warga emas Islam yang tidak mempunyai waris.
c) Desa Bina Diri (DBD) : Institusi yang memberi perindungan dan pemulihan kepada orang miskin/papa.
d) Kompleks Penyayang Bakti 



* Berikan senyuma kepada mereka. Mereka berhak untuk hidup gembira dan selesa.
* Jangan sesekali abaikan ibu bapa kita. Tanpa mereka, siapalah kita.
* Pupuk kesedaran yang tinggi dalam diri supaya sayang warga emas yang lain.
* Sanjungi mereka. 
* Bila berjauhan dengan ibu bapa, Jangan lupa telefon mereka. Tanya khabar :)

--> SAYANGI IBU BAPA & WARGA EMAS YANG LAIN <--




Tuesday, April 16, 2013

★ Selingan Program Kerja Sosial ★


• Social Work UKM 

Year 1
SKPP1013  Pengantar Psikologi
SKPP1023  Statistik Asas
SKPW1013  Pengantar Kerja Sosial
SKPW1023  Tingkahlaku Manusia dan Persekitaran Sosial
SKPW1053  Perubahan Sosial
SKPW1123  Teori-Teori Kerja Sosial
Year 2
SKPP2014  Metodologi Penyelidikan
SKPW2013  Dasar Sosial
SKPW2023  Praktis Kerja Sosial
SKPW2033  Pengurusan Kerja Sosial
SKPW2043  Undang-Undang dan Kerja Sosial
SKPW2063  Dadah dan Pemulihan
SKPW2073  Kebajikan Kanak-Kanak
SKPW2143  Kemahiran Komunikasi untuk Kerja Sosial
SKPW2153  Kerja Sosial Komuniti
SKPW2103  Kesejahteraan Remaja
SKPW2163  Dinamika Keluarga

Year 3
SKPW3006  Latihan Industri
SKPW3013  Seminar Kerja Sosial
SKPW3016  Latihan Ilmiah
SKPW3023  Psikoterapi untuk Kerja Sosial
SKPW3043  Gerontologi
SKPW3053  Kerja Sosial Klinikal
SKPW3063  Kesihatan Mental
SKPW3073  Pengurusan Bencana
SKPW3083  Kerja Sosial Individu dan Keluarga
SKPW3093  Kesihatan Masyarakat
SKPW3103  Seksualiti Manusia
SKPW3113  Kebajikan Sosial dan Kesukarelawanan
SKPW3123  Intervensi Krisis

★ Don't Be Judgemental ★

 Pengajaran Daripada Kisah Anak Itik 

Sama-sama kita fahami mesej yang disampaikan dalam video ini, dan jadikan sebagai pengajaran.
Selamat Menonton :)



Buku cerita ini mengisahkan tentang seekor anak angsa yang dipinggirkan. Anak angsa ini dilahirkan oleh seekor ibu itik. Ibu itik tersebut terkejut melihat anaknya yang lain daripada anak yang lain menyebabkan ibu itik tersebut terus meninggalkan anak angsa tersebut dan tidak mahu anak angsa tersebut menjadi anak nya.. Seperti juga manusia mahukan ibu untuk menjaganya untuk disayangi untuk bergantung nasib.


Kisah anak angsa yang terpaksa hidup seorang diri yang telah dipinggirkan oleh ibu bapa dan adik beradik.. Namun, seekor ibu angsa yang lain mengambil anak angsa tersebut untuk dijadikan sebagai anak angkat. Akhirnya, ibu angsa menyayangi dan melayan anak angkatnya itu dengan penuh kasih sayang. Haiwan juga mempunyai perasaan sayang dan belas kasihan. Tetapi, bagaimana pula dengan manusia ? Mengapa ada segelintir ibu sanggup membuang dan mengabaikan anak-anak mereka tanpa rasa bersalah ? Semaikan kasih sayang dan perhatian kepada anak-anak. Jom ubah diri supaya menjadi masyarakat yang lebih prihatin dan berkualiti. 


Melalui kisah anak angsa ini kita sebagai manusia seharusnya mengambil berat tentang anak kita walaupun mereka tidak secantik mana pun kita sebagai ibu bapa mereka seharus menjaga semua keperluan mereka supaya mereka tidak keseorangan.

 Moral of Story :
* Janganlah kita membeza-bezakan kedudukan seseorang.
* Jangan mudah menghukum.
* Jauhi diskriminasi sama ada diskriminasi kaum, jantina, atau sebagainya.
* Menerima individu dengan bersikap terbuka dan positif.


Tuesday, April 2, 2013

★ Kebajikan Masyarakat ★



DASAR KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGARA digubal bertujuan untuk menggalakkan kesejahteraan rakyat serta kestabilan masyarakat menuju ke arah pewujudan keadilan sosial


STRATEGI UMUM DASAR KEBAJIKAN MASYARAKAT
1. MEMBANGUNKAN Potensi Manusia ke tahap optimum serta meningkatkan daya  ketahanan masyarakat untuk menghadapi cabaran kemasyarakatan semasa;
2. MEWUJUDKAN berbagai-bagai kemudahan supaya dapat meningkatkan tahap  keupayaan untuk kemajuan diri dan individu;
3. MEMBINA dan memupuk semangat tolong-menolong, bantu-membantu untuk mengukuhkan budaya ikram.


KUMPULAN SASARAN YANG DIBERIKAN PERHATIAN DALAM DASAR KEBAJIKAN MASYARAKAT

1) KANAK-KANAK
• Kanak-kanak dilindungi semua bahaya termasuk terhadap penyalahgunaan dadah, penyiksaan, penderaan, diskriminasi dan eksploitasi. Di samping itu penekanan khusus diberi kepada perkembangan sihat kanak-kanak dari segi fizikal, sosial, emosi dan mental.
• Mereka juga dilengkapi dengan nilai dan sikap yang sesuai supaya mereka mempunyai haluan dan tujuan tertentu sebagai generasi dan pemimpin masa depan.
• Mereka juga dilengkapi dengan nilai dan sikap yang sesuai supaya mereka mempunyai haluan dan tujuan tertentu sebagai generasi dan pemimpin masa depan.

2) REMAJA
• Peringkat remaja kebiasaaannya dipengaruhi oleh berbagai-bagai gangguan emosi dan tekanan kehidupan yang mendesak.
 • Oleh itu bimbingan, sokongan serta panduan dari ibubapa, keluarga, masyarakat tempatan dan semua pihak yang terlibat adalah penting supaya golongan ini dapat mengatasi peringkat remaja dengan lebih tenang, tenteram dan penuh keyakinan diri.

3) PESALAH SOSIAL
Perlindungan dan bantuan diberikan kepada mangsa dan penjenayahan di samping perkhidmatan pemulihan pesalah.

4) ORANG ISTIMEWA
• Kemudahan dan pengesanan awal disediakan bagi mereka untuk menerima rawatan, pemulihan, pendidikan dan latihan.
 • Usaha untuk mengintegrasikan mereka ke dalam masyarakat digalakkan agar mereka bersedia menghadapi cabaran keadaan semasa.

* Sama-sama kita menjaga kepentingan masyarakat.
*Hidup Harmoni, Bahagia, dan Mendapat Hak yang Sama Rata :)