Komuniti siber
Komuniti siber adalah suatu sistem sosial
yang bersifat terbuka dan tiada sempadan. Komuniti siber mempunyai kelebihan dan kebolehan yang
tersendiri dalam penyelesaian masalah dan pembentukan pengetahuan yang baru. Ada
sesetengah pihak juga berpendapat bahawa pada suatu masa kelak komuniti fizikal yang wujud pada
masa ini berkemungkinan akan digantikan oleh komuniti siber.
Menurut Preece (2001), menyatakan komuniti
siber digambarkan sebagai masyarakat yang berhubungan di antara satu sama lain,
menolong orang lain dalam penyelesaian masalah dan satu perhubungan yang bersifat mesra dan
menyakinkan. Manakala untuk sesetengah orang lain pula, memberikan gambaran negatif seperti satu
perhubungan yang berbentuk konspirasi, bersifat subversif, jenayah dan pencerobohan terhadap peribadi
seseorang.
Moderator dianggap sebagai ketua dalam
sesuatu komuniti siber dan mempunyai peranan yang tertentu bagi memastikan keharmonian
perhubungan antara ahli komuniti siber. Moderator juga memainkan peranan yang
penting dalam menentukan hala tuju dan pengekalan hayat komuniti sibernya. Peranan moderator adalah sebagai seseorang yang
memberikan :
i) Motivasi,
ii) Sokongan, bimbingan, galakkan dan dorongan,
iii) Sebagai ketua perbincangan,
iv) Membantu pelajar di dalam meningkatkan kemahiran berkomunikasi, membimbing sesuatu perbincangan supaya berada pada landasan yang betul dan,
v) Sebagai fasilitator kepada topik perbincangan.
i) Motivasi,
ii) Sokongan, bimbingan, galakkan dan dorongan,
iii) Sebagai ketua perbincangan,
iv) Membantu pelajar di dalam meningkatkan kemahiran berkomunikasi, membimbing sesuatu perbincangan supaya berada pada landasan yang betul dan,
v) Sebagai fasilitator kepada topik perbincangan.
Moderator bersidangan secara online biasanya melibatkan kuasa dan tanggungjawab yang
agak khusus iaitu samada secara teknikal atau sebagai pembantu kepada ahli
di dalam komuniti tersebut. Peranan moderator adalah gabungan beberapa
elemen iaitu sebagai :
i) seorang guru,
ii) Pengacara,
iii) Fasilitator dan,
iv) Penganjur komuniti.
i) seorang guru,
ii) Pengacara,
iii) Fasilitator dan,
iv) Penganjur komuniti.
Feenberg (1987) menyatakan sebagai ketua
terhadap perbincangan online, mereka hendaklah mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam
menguruskan kumpulan komunikasi, di mana peranannya akan mengikut susunan nilai dan
norma yang sebenarnya. Beliau seterusnya menyatakan disebabkan kemajuan dalam teknologi
komunikasi yang semakin berkembang yang melibatkan telepersidangan berkomputer
dalam pembelajaran jarak jauh dan juga untuk pembelajaran setempat, ia memerlukan kemahiran, rekabentuk yang
sistematik, pengurusan dan perancangan yang mencukupi untuk sesuatu persidangan itu berjaya
sepenuhnya. Oleh yang demikian moderator memainkan
peranan yang besar dalam menentukan sesuatu komuniti siber itu bertahan lama dan kewujudannya
masih mendapat perhatian ramai. Keselesaan yang dirasai sebagai ahli komuniti siber akan
menyebabkan keinginan untuk meningkatkan kemajuan komuniti siber mereka.
No comments:
Post a Comment