Inikah yang dinamakan BEBAS ??
KEBEBASAN, Semua orang
inginkan kebebasan. Namun begitu, anda inginkan kebebasan bagaimana? Adakah
kebebasan berfikir, kebebasan bersuara, atau
kebebasan bertingkah laku ? Kebebasan harus difahami dengan betul dan digunakan
dengan bijaksana. Jika tidak, kebebasan akan memakan diri sendiri. Perkara yang
sangat ditakuti adalah kebebasan yang membuatkan manusia terbabas atau
tersasar. Setiap kebebasan ada hadnya.
Sumber : Google |
KEBEBASAN dalam
pergaulan sangat membimbangkan. Lelaki dan perempuan, sekiranya sudah tiada batasan dalam pergaulan amat ditakuti terjerumus dalam kancah maksiat. Perkara
yang melampaui batas akan membawa kepada negatif. Kini, banyak kes yang
melibatkan remaja yang terlalu OBSES mencari KEBEBASAN. Mereka cuba menjadi
burung yang bebas terbang tanpa dikawal. Remaja mudah terjebak dengan :
i) Perlakuan zina,
ii) Melepak, Merempit,
iii) Menyalahgunakan dadah
dan
iv) Hidup berfoya-foya.
Pergaulan sesama remaja
mestilah ada batasnya. Jika tiada batas, gejala sosial makin meningkat dan
bertambahnya kes rogol, hamil luar nikah, jenayah dan pembunuhan. Cinta remaja
terlalu melampaui batas sehinggakan memakan diri sendiri. Selain itu,
penyalahgunaan dadah bukanlah untuk mengawal emosi yang tertekan. Ia bukan
jalan mudah untuk lari daripada masalah.
Terdapat banyak sumber lain yang boleh
remaja rujuk sekiranya mempunyai masalah dengan cara seperti :
i) Dapatkan khidmat nasihat/kaunseling
daripada guru,
ii) Berkongsi masalah dan berbincang secara baik bersama keluarga,
iii) Sekiranya tidak selesa berkongsi dengan keluarga, cuba dapatkan pertolongan daripada rakan yang boleh dipercayai.
Semua mesti terlibat
dalam membantu remaja. Terutamanya ibu bapa , pihak guru dan kerajaan. Masyarakat
sekeliling juga sangat penting dalam memimpin remaja ke jalan yang lurus. Sama-sama
kita berusaha untuk melahirkan remaja yang memiliki pemikiran yang stabil
supaya mereka memiliki kekuatan untuk mengharungi hidup.
* Elakkan budaya Hedonisme : Keseronokan
semata-mata dari pagi hingga ke malam.
* Pilih kebebasan yang mendatangkan faedah
bukan menjahanamkan diri.
* Kawal diri kita :)
* Jangan berasakan kita betul, setuju atau
tidak setuju kita perlu ikut peraturan, salah tetap salah, dan yang betul tetap
betul.
*Anda berhak hebat, kerana kejayaan hak
setiap insan :)
INGAT !!
* Sebebas mana pun kita, Kita tetap milik mak dan ayah :)
freedom is slavery
ReplyDeleteParody Trailer Iron Man 3
http://iniblogabangkamil.blogspot.com/2013/04/trailer-iron-man-3-tanpa-cgi.html